nuffnang

Thursday, November 5, 2020

Sharing 8.15 am 🌸

Sebab harini, take time sejam untuk membaca . I'm done untuk bab 1 buku ustazah Asma Harun yang ni ;

So here , antara content yang menarik 

Berdasarkan Surah An Nisaa' Ayat 28, keadaan lemah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah ialah 

🌸Lemah badan
🌸Lemah kekuatan 
🌸Lemah keinginan
🌸Lemah ilmu
🌸Lemah kesabaran

Secara ringkas, lemah badan apabila ditimpa masalah kesihatan. Lemah kekuatan saat kita diuji, lemah ilmu apabila masih banyak lagi perkara yang tidak diketahui oleh kita. Lemah kesabaran paling ketara sekali apabila saat kita diuji, ada yang boleh ditangani dan ada yang tidak mampu dihadapi. Sebab tu, kita manusia yang diciptakan dengan pelbagai kelemahan supaya kita hanya mencari dan bergantung kepada Allah . 

Kadang-kadang banyak sangat ujian yang datang, sampai kita mengeluh dan sampai satu tahap macam dah give up. For sure, istighfar semula dan ingat kembali pada Allah. Even the burden / ujian that you hold tu terlalu sakit atau tidak mampu ditanggung, remember Allah is there to help you. Cuma cepat dengan lambat sahaja pertolongan Allah tu datang. 

Berdasarkan page buku diatas, Hadis Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah dalam Kitab Al Fitan oleh Anas bin Malik , secara ringkasnya ; 

Pahala yang besar untuk ujian yang besar. Mereka yang redha dengan ujian Allah akan mendapat keredhaan daripada Allah. Manakala, mereka yang tidak suka pada ujian daripada Allah akan mendapat kemurkaan pada Allah .

Last, semoga kita terus kuat menghadapi ujian akan datang dan terus redha atas segala ujian yang menimpa serta tidak pernah lupa untuk beramal ibadat sewaktu senang dan susah. Semoga kita sentiasa mengingati Allah pada bila bila masa dan tidak pernah berkurang rasa sayang pada Allah walau sedikit pun ♥️

No comments:

Post a Comment