Minggu lepas, tadabbur surah Al Ma'idah ayat 28 sehingga 31. I is tertarik dengan kisah anak Adam as iaitu Habil dan Qabil, pasal hasad dengki dan iri hati. Okay let me tell you the whole story based on pengertian ayat 28 hingga 31 dan tafsir Ibnu Kasir.
Habil dengan Qabil adik beradik dan isteri Adam as sering melahirkan anak kembar tapi anak kembar tak seiras means kembar yang ada (lelaki perempuan). Then, kembar perempuan yang satu kelahiran dengan Qabil cantik paras rupanya, manakala kembar perempuan satu kelahiran dengan Habil , tidak cantik rupanya. Jadi Qabil ni nak lah kawin dengan kembar satu kelahirannya sendiri. Tapi Adam as tak merestui perbuatan Qabil ni sebab menurut ulama salaf dan khalaf, Allah SWT menetapkan Adam as untuk mengahwinkan anak lelakinya dengan anak perempuannya sendiri, tapi tidak boleh berkahwin dengan satu kelahiran (means kembar yang kelahiran pertama perlu kahwin dengan kembar yang kelahiran kali kedua). Jadi Adam as meletakkan syarat kedua-duanya perlu buat satu korban. Kata jumhur ulama' , jenis barang korban yang dilakukan ialah Habil berkorban dengan seekor kambing yang gemuk dan Qabil korbankan seekor kambing yang kurus.
Lepastu, Habil dan Qabil buat korban ni, korban Habil diterima tapi Qabil tak diterima. Jadi Qabil ni rasa marahlah kan sampai dia nak ugut bunuh saudara dia sendiri iaitu Habil. Bila Qabil nak bunuh Habil, Habil ni pun cakap "Sesungguhnya Allah hanya menerima amalan daripada orang yang bertakwa." Habil cakap lagi kalau Qabil menggerakkan tangannya untuk bunuh Habil, Habil takkan melakukan apa-apa atau cederakan Qabil sebab Habil hanya takut kepada Allah SWT sahaja.
Jadi, disebabkan Qabil terdorong oleh nafsunya sendiri, dia bunuh Habil. Maka, termasuklah Qabil dalam golongan orang yang rugi sebab nafsu dan perasaan itu hati, dia sanggup bunuh saudara sendiri. Yang terbunuh (Habil) mendapat keuntungan dan dosanya diampunkan serta masuk ke dalam syurga. Manakala, yang membunuh (Qabil) mendapat kekecewaan dan kerugian di dunia dan akhirat.
Pengajarannya disini, perasaan iri hati dan dengki sesama saudara sendiri atau sesiapa sahaja akan menjatuhkan diri anda sendiri.
Semoga kita dijauhkan daripada perasaan iri hati dan dengki yang diibaratkan seperti bersaudara dengan khinzir dan kera.
Wallahualam .
Here some notes, for the whole story ♥️
No comments:
Post a Comment