Sejak lama bertunggu di rumah, bagi mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang dan dikala semorang sibuk membuat dalgona dan pancake, engko sibuk membuat roti pizza😂😂
Let's,
Bahan;
4 biji telur
Butter
2 keping cheddar ( nak lebih pun takpe)
Roti Gardenia (1 bungkus sebab ramai nak makan, nak kurang pun boleh)
Tomato ( potong dadu dan buang empulur ya)
Bawang merah (potong dadu)
Garam
Sosej
Cili besar
Ayam (yang dah direbus dan dicincang)
Jadi dalam ni, ada sosej, bawang, tomato dan cili besar.
Then,
Masukkan ayam yang telah dicincang tak berapa nak halus uhuuu, lepastu masukkan,
Telur 4biji dan garam sesedap rasa. Lepastu gaul lah mereka sehingga sebati.
Potonglah roti Gardenia tu jadi empat, kalau nak potong lagi kecik, okay ajaa. Ikut ajaran anak tekak anda hahaha
Lepastuuuuuuuuu,
Tuangkan adunan yang dah bercampur telur tu sedikit, letak butter sikit. Okay ni baru first layer. Disebabkan kau masak sebungkus roti, jadi dapatlah tiga layer. Untuk layer dua dan ketiga, ulang sahaja, letak roti dan tuangkan adunan telur tu.
Dan jadilah begini ,
Penuhhh, last sekali letaklah cheddar cheese yang disiat secara kecil. Kalau dekat rumah andaa anda banyak cheese terutamanya Mozarella, haboleh lagi guna sampai penuh cheesenya hahahha
Masuk dalam oven dengan suhu 200, bakar atas bawah selama 30 minit .
Dan, dahh siap
Yeayyyyyyyyyyyyyy , ehek . Dah siap.
Okay next , Tortilla sandwich
Coming soonnnnnnn .
No comments:
Post a Comment