nuffnang

Saturday, December 28, 2019

Kek batik cut sugar .

Kau still nak cut sugar, kau still nak diet tapi kau still nak makan benda manis manis supaya muka engko manis HAHAHAHAHAAHAHAHAH lol

Sejak bersenang lenang dirumah, ada la sikit kau masak kek tu , kek ni. Biasanya kau masak breakfast, makan tengah hari dengan makan malam utk mak engko. Jadi skali sekalaaaa hmm mem baking lah jugak.


Jadi kau pergilah pasar raya dengan mak engko dengan adik adik engko. Maka, muncullah bahan bahan diatas. Sebab dah lama sangat mengidam nak kek batik, jadi buatlah. 

Okay bahan bahannya (sebab dah lama tak membebel, kau dengar jelah sistur nak membebel macam ala ala cef HAHA)
*Sepaket biskut marie
*250g butter cup
*200g milo
*serbuk koko
*susu pekat

Basicnya, patah patahkan jelah biskut marie tu. Kalau tengah patah hati, patahkan dia sampai hancur, sehancur hati kau HAHA lepastu letak butter cup dengan milo dalam kuali tapi jangan bukak api dapur dulu. Then, serbuk koko tu sebenarnya kau main agak agak ja bila letak. Kalau anda rigid sangat, letaklah dalam 2sudu. Nak rasa coklat lebih lagi, letaklah banyak lagi, jangan risau haihh, tak lari pun rasa kek batik engko hahahaha. Susu pekat tu, sebenarnya ibu saya request taknak manis sangat jadi kau letak lah dalam 3 ke 5sudu sahaja. Kalau tengok dalam banyak banyak resepi, kebanyakkannya letak 1/2 tin susu pekat haaa manis kemain boh. Takkesahlah, kalau anda suka manis manis, letaklah bebanyak hehe

Lepastu, baru lah bukak api dan kacau bahan tadi slow slow. Dah sebati, barulah masukkan biskut mari yg dah patah patahkan tadi. Gaul gaul sampai sebati, lepastu mampatkan dalam loyang, letak dalam peti ais dan siap. 


Maafin sistur, hasil gambarnya tak menarik tapi percayalah rasanya agak menarik HAHAH 

Okay, bolehlah stay tuned untuk next resepi. Insyaallah resepi pegaga crispy dengan puding roti yeayyyy

Doa in sistur rajinlah nak menaip selebar ini lagi.


No comments:

Post a Comment