nuffnang

Monday, July 29, 2019

Sambungan Orang Kata.

Kau terdengar azan zuhur tapi waktu tu kau sedang berguling atas katil, mata sayup sayup seperti mahu lelap. Dalam hati kau, "Lepas habis azanlah solat." Tibaaaaa tibaaa kau tersedar dah pukul 5 petang. Weyhh dah masuk Asar, allahuu tertinggal Zuhur sebab 3jam yang lepas sebelum kau pengsan dalam buaian tidur yang lena, kau dah berhajat nak solat zuhur after azan. Tapi ended up  kau tertidur dan sedar waktu azan asar. Maka, bak kata ustazah dalam kitab safinatun najah, segera lah qodho' solat zuhur dulu kemudian barulah solat Asar.

Sebab ,

Kau tak tidur lagi waktu azan dilaungkan, cuma kau tertidur selepas azan berkumandang.

Dan perumpamaannya,

Ibarat kau berhutang dengan orang dan tak bayar lagi tapi kau dah bersedekah dekat orang lain.

Begitu jugaa dengan qodho' solat tu. Better bayar dulu hutang solat zuhur kalian sebelum menunaikan solat asar.

Namun begitu, eceh hahahahah

Sekiranya kita tertidur sebelum azan zuhur dan kau tersedar waktu asar. Kiranya kau dah terlepas nak smayang zuhur. Maka, solat lah asar dahulu kemudian barulah qodho' solat zuhur.

Okay nampak dah dua situasi ni kan?
Okay nais, haha

Ok, sebenarnya nak sambung pasal tabung. Em tapi next timelah.

No comments:

Post a Comment