nuffnang

Sunday, June 23, 2019

Che'gu

Kau kena relief kelas tahun 1
Kebetulan sebelum kau relief, diorang ada kelas pendidikan islam.
Selangkah sahaja kau masuk ke arena kelas tahun 1, semua berkerumun,

"Yeayyyyyyyyyy ustazah baru." 

Alahai budak budak ni hahahaha

"Ustazah nama saya aziq, nama saya fatin, nama saya rizqi bla bla ........ " 

Tak sempat kau nak bagi salam, semua dah duk perkenalkan diri. 

Tapi, 

Kau tertarik dengan sorang budak ni sebab kelakar sikit conversation kau dengan dia.

"Ustazah nama saya Faris Rizqi, "

Ohh (jawab kau ringkas) 

"Ustazah, haritu saya beraya dekat sarawak yg ada airport tu." 

Jauhnyaa kampung awak, mak ayah awak orang sarawak lah? 

" Tak, ayah saya duduk kedah." 

Ohh, mak awaklah orang Sarawak.

"Haah, ayah saya tinggal dekat Kedah." 

Sekarang awak tinggal dekat mana? Rumah flat depan sekolah ni ke?

"Tak, saya tinggal dekat Sarawak." 

Sarawak? Sarawak tu kan kampung awak. Yang awak tinggal sekarang ni dekat mana? 

"Saya tinggal dekat Sarawak yang ada airport tu sekarang." 


*conversation kau berakhir dengan kau menjadi kebingungan dan anak murid kau gembira tinggal di Sarawak hahahahahahahahha* 

Akhirnya, kau membalas sahaja, "ohh awak tinggal dekat Sarawak. Boleh lah ustazah datang nanti." 

Hahahaha , okay sekian.
Sesungguhnya tik mudah terhibur dengan jenaka yang tak berapa nak up ni HAHAH


Okaylah up satu gambar 🌸



No comments:

Post a Comment