nuffnang

Thursday, September 21, 2017

Hokkaido .







Beli 5 , percumaaa 1 . 
Sedap sangat gais , tak tipu hahahhahahha cheese dia meleleh leleh . 
Kiranya , bila beli tu tak rugi langsung . 
1 box ada 6 pieces include 1 pieces free , only RM29.90 . Satu pieces RM5.80 




Jadi saya beli kesemua flavour yang ada .
  • Original
  • Chocolate with nuts
  • Green tea
  • Durian

Daripada empat flavours tu, original dengan choclate with nuts tu ja yang saya rasa sedappp sangat hahahaha . Green tea dengan durian just biasa biasa sahaja . 


Wednesday, September 20, 2017

Skincare .



Hi , 

Sejak dah lama tak menulis dan kau rasa kekok , then tak tahu nak mula macam mana . Haa aaa ayuhla mulakan dengan bismillah dan assalamualaikum. 

Okay, sejak assignment memang belambak, lepastu presentation lagi andddd tutorial lagi etc etc yang membuatkan diri engkau sentiasa sibuk ... until diri sendiri tak terurus . hahahha 

So, pada hari ini saya nak share something *macam retis ha engko .
okayyy okayyy , since diri tak terurus sangat , lepastu emosi kau tak stabil , terumbang ambing macam kapal dibadai ombak, lepastu kau tersadai di tepi laut . nah 
i got the pimple everywhereeeeeeeee , lepastu scar banyak sangatt hahah
masalahnya disini, bilaa jerawat banyak sangat lepastu tangan tu gatal sangat nak picit jerawat hahahaha and you got tht scar lahai . Degil lagi , tu laa hmm .

Nah , saya payung satu gambar . Without any filter or brightness, contrast or what so ever la heh . .



okay fine , cukup la satu ja payung gamba hodoh hahaha .
Jadi , apa yang ingin dikongsikan adalah rutin skincare yang selalu dipakai . hoho kira review sikit . 
Nah , its hereeeee



Maaf, gambar tak berapa nak clear .
Okay mari kita start satu per satu dengan semua stuff dalam gambar ni haa .

  • Cleanser Nano White
  • Toner Nano White
  • Cream Olay
  • Pearl Cream ( yang bekas warna krim oren )
  • Eucerin
  • Vitamin E Cosmoderm

Jadi mari kita gerak kepada satu per satu , seriously entry kali ni saya nak bebel panjang panjang . So, get ready sediakan biskut kering dengan air teh o sambil baca hahahhaha . Okay gurau . 


Pertama sekali, cleanser nano white tu seriously memang fresh sangat. Kalau cuci muka tu memang rasa segar sebab dia berangin. Setakat nih pakai, okay ja. Lepastu toner nano white pun tiptop jugak, condition fazura saya rasa. hehe
Cream olay ni saya pakai sejak form 1 lagi . Serius tak tipu, cream olay yang jenis tu la yang buat saya nampak putih sikit . Kira okay la dari terus hitam longot ha engko hahahahah . Haaaa and then, the main point saya untuk share ni ialah Pearl Cream yang dibeli daripada Sendayu Tinggi skincare. 

Masa saya interview UKCG IPG dan INTERVIEW IPG , i got chicken pox babe . hahahaha memang saya lenjan ja pegi interview , semua orang ingat muka saya breakout dengan jerawat penuh satu muka . TAPI TIDAK EH! HAHAHHA TU SEMUA CHICKEN POX OKAY . okay okay , masa kena chicken pox tu memang muka saya memang disaster habis, nasib baikla tak jumpa mana mana budak podeh hahaha dah lega sikit dah . Muka saya sangat breakout , time UKCG la . Pastu beransur pulih masa interview. Habis ja UKCG, saya start pakai PEARL CREAM nih sebab produk nih dirumus dengan krim mutiara . Jadi, sebelum nak pegi interview, memang saya sental Pearl Cream nih sampai muka saya hampir pulih waktu interview , tapi ada sikit lagi parut. Takla seteruk masa UKCG. Jadi, nak ceritanya dekat sini, bagi yang nak muka dia putih dan tidak kusam, boleh pakai pearl cream ni yang boleh dibeli secara online atau pergi terus kedai Sendayu Tinggi yang berdekatan . Dekat watson ada jual barang Sendayu Tinggi ni, tapi pearl cream ini tidak dijumpai disana sebab produk ni selalu je sold out . 

Then, Eucerin ni pulak saya baru sahaja pakai selepas disarankan oleh classmate saya iaitu mirararahahhahah . Beliau menyarankan pemakaian Eucerin ini selepas make up atau selepas memakai krim skincare anda supaya namapak GLOWING gituuuu. Kalau tengok dari jauh, muka kau bersinar sinar macam bidadari yang jatuh dari langit hahahah *over . Serius tak tipu, muka anda akan kelihatan shining dan glowing . Boleh dapatkan di drug store berdekatan dengan anda seperti watson, guardian, wellness dan sebagainya. 


Finally ialah Vitamin E Cosmoderm. Haa masa saya kena chicken pox. Saya pergi farmasi jugak untuk pulihkan breakout parut chicken pox tu , jadi doktor sarankan saya memakai Vitamin E Cosmoderm ini. Vitamin ni boleh dipakai pada bila bila masa, tapi saya pakai waktu malam sahaja sebab dia berminyak. Function dia , boleh mengecutkan jerawat, merawat kulit yang breakout, boleh rawat scar . Tapi scar saya tak hilang hilang pada waktu ini sebab tak amalkan rutin pakai cosmoderm ni hahahahah padan muka . Sebenarnya, vitamin ni perlu dipakai selalu, lebih afdal dan lebih baik jika dipakai pada setiap malam okay. 


Jadi, untuk merawat scar yang ada pada muka saya kali ini sebab tangan ni ha gatal sangat nak picit jerawat sekali dia tinggalkan kesan yang mendalam sampai tertusuk kalbu hahahahhahaha . Jadi saya try la this one . .




Facial Scrub with Collagen daripada Sendayu Tinggi juga ya gais . Bau dia wangi sangat sangat , macam bau blueberry saya rasa. Saya pakai seminggu dua kali sahaja . Sebab kalau pakai selalu kulit boleh jadi kering, yela dah nama pun srub hehe . Pakai 2 kali seminggu dan malam yang selebihnya saya mula rajinkan diri pakai Vitamin E Cosmoderm tu . Nak rawat scar lah katakan. heheh tu sebab la rajin hahaha . Baru ja pakai produk ni , kalau ada perubahan saya update okay . 


Lepastu, waktu petang lepas balik kelas . Dah cuci muka semua, saya sapu pula gel oxy yang boleh hilangkan parut . Nah , sis payung gamba . .





Jadi , saya mengharapkan semuanya berkesan untuk hilangkan parut ni ha . hahahaha Okay , kalau ada apa apa yang nak di share kan about your skincare atau nak tanya apa apa, you may leave yr comment here okay . Insyaallah kalau ada masa, saya share natural skincare pulak eh . 

Salam skincare. 
Adious .