nuffnang

Saturday, September 14, 2013

Semakin Hampir Ke Garisan Penamat . . .

Hampir sebulan tidak pulang ke rumah .
Seperti katak di bawah tempurung apabila berada di asrama .
Bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah bagi tahun akhir PMR pada 2013 .
Pelbagai cabaran dan desakan yang sangat kritikal buat masa ini .
2 Minggu lagi akan tibanya hari yang sangat penting itu .
Saya terpaksa menaip dalam bahasa baku .
Hal ini bertujuan untuk memantapkan bahasa melayu saya yang sering jatuh dan bangun semula , kemudian jatuh kembali . Tapi saya pasti kali yang ketiga ini , keputusannya menaik secara mendadak .AMIN .

Kepada wira dan wirawati atau lebih dikenali sebagai calon yang bakal menduduki PMR .
Saya mendoakan agar kalian menjawab soalan dengan penuh bersemangat , dedikasi serta toleransi .
Mulakan langkah anda dengan kanan . Tarik nafas dan jawab soalan dengan penuh gembira 
serta senang hati . Jangan khuatir ini nasihat yang benar . Tiada sebarang penipuan .

Pada hari ini saya menulis dengan penuh panjangnya atau melebihi 180 patah perkataan bagi karangan bahagian C kerana , bermula pada hari Sabtu bersamaan dengan 14 september 2013 sehinggalah hari Isnin bersamaan dengan 16 september 2013 .saya tidak dibenarkan sama sekali membuka laman sesawang atau laman IT . Hal ini kerana , saya telah dicabar oleh rakan saya yang bernama AINEE J dan Syifaa untuk tidak membuka laman sosial tetapi mengulangkaji pelajaran .

Saya telah bertekad untuk memberikan tumpuan dengan sepenuh hati kepada matapelajaran tanpa memikirkan hal laman IT .Maafkan saya andai terkasar bahasa atau melakukan kesilapan yang tidak diketahui .Jika saya berhutang kepada sesiapa sahaja , sila tuntut kepada saya . Doakan kejayaan saya bersama rakan-rakan saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail agar mendapat 9A++ di dalam PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 .AMIN !



Entry kali ini bukan satu permainan atau cakap kosong . Sila ambil input yang penting .Sekian Terima Kasih .

Semoga berjaya mencapai cita cita kalian bagi mengejar kejayaan .

No comments:

Post a Comment